Saturday, September 27, 2008

Wellness Concept - Barleygreen(Daun Barli Hijau) !





Dr. Yoshihide Hagiwara ;
ialah seorang saintis dan pakar perubatan dari Jepun yang terkenal. Beliau pernah memenangi banyak anugerah penyelidiakan peringkat antarabangsa dan menghabiskan masa 30 tahun untuk mengkaji khasiat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Setelah mengkaji 400 jenis tumbuhan hijau, herba-herba dan rumput yang tumbuh di alam maya ini beliau mendapati DAUN BARLI HIJAU MEMPUNYAI SUMBER KHASIAT YANG TERKAYA BERBANDING DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN LAIN. Sejarah kewujudan daun barli hijau di Jepun ialah 30 tahun manakala di Amerika Syarikat ialah lebih dari 25 tahun.

Daun barli hijau adalah makanan semulajadi yang paling berkhasiat mengandungi nutrient yang tinggi dan seimbang. Ini membolehkan ia menjalankan tiga fungsi utama :-
1.Pembersihan (menyingkirkan toksin dari badan),
2.Pengimbangan (mengimbangkan pH badan),
3.Pemulihan (membekalkan nutrient yang diperlukan oleh sel badan).

Dengan menggunakan teknologi tinggi yang bersuhu rendah, cara pemerosesannya ialah dengan pemerahan daun barli hijau daripada dinding sel untuk mengeluarkan nutrient yang terkandung didalamnya serta mengekalkan nutrient tersebut dalam keadaan yang semulajadi supaya mudah diserap oleh badan manusia.


Bagaimanakah Serbuk Jus Daun Barli Hijau Diproses ?

Daun barli hijau yang digunakan untuk penghasilan serbuk jus adalah ditanam secara ORGANIK, tanpa baja kimia atau penyemburan racun serangga. Ianya adalah 100% ORGANIK. Daun barli hijau dituai ketika kandungan nutrientnya berada pada tahap yang paling tinggi. Seterusnya dengan menggunakan teknologi pemerosesan yang canggih iaitu semburan kering, bersuhu rendah bagi menghasilkan jus barli hijau asli dalam bentuk serbuk.

Pakar perubatan dan pemakanan terkemuka dari Amerika Syarikat DR. Mary Ruth Swope telah membuat kajian dan penganalisaan tentang daun barli hijau penemuan DR.Hagiwara. Beliau telah mengesahkan keajaiban dan khasiat daun barli hijau dalam menangani masalah-masalah berikut :
* Menningkatkan stamina, mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur seseorang.
* Sangat berkesan dalam merawat ulser (ulser perut, mulut dsb).
* Mengurangkan kesakitan sendi dan otot.
* Mempercepatkan pemulihan luka.
* Meningkatkan daya sistem pertahanan tubuh.
* Meningkatkan daya ingatan dan menyegarkan fikiran.
* Menghapuskan bau badan dan bau mulut.
* Membantu pencernaan makanan dan mengatasi masalah sembelit.
* Mengurangkan kolesterol darah dan tekanan darah.
* Memperbaiki simtom akibat haid.
* Mengatasi kesan sampingan yang timbul akibat penggunaan ubat-ubatan moden.


7 Sebab Kenapa Anda Perlu Mengambil Barleygreen ?
Sebahagian daripada fenomena biologi Barleygreen ialah ianya mudah diserap, beralkali, mengandungi klorofil, vitamin, mineral, protein enzim dan merupakan makanan seimbang.

1. Faktor Penyerapan :
Memandangkan Barleygreen ialah pati dari daun barli segar yang tidak diproses/dimasak, kebanyakan nutriennya adalah sedia diserap (atau diterima) oleh badan kita.Kebanyakan orang yang telah merasakan dos vitamin dan mineral yang banyak tidak dapat membantu tubuh mereka tetapi vitamin semulajadi, mineral, asid amino (protein) dan enzim yang tidak diubahsuai yang ditemui dalam Barleygreen telah memberikan tenaga kepada tubuh mereka
seperti yang diperlukan. Badan kita menerima lebih banyak kebaikan dan faedah apabila mengambil vitamin dan mineral yang ditemui dalam Barleygreen berbanding dengan mengambil dos yang banyak dari vitamin dan mineral sintetik.

2. Kadar Alkali Yang Tinggi :
Sel badan kita tidak berfungsi dengan sempurna jika nilai Ph
(yang mengukur keasidan dan kealkalian) berada dalam tahap yang rendah. Kajian terhadap pengimbangan pH badan kita menunjukkan jika pH badan kita lebih kepada berasid, kita lebih mudah terdedah kepada penyakit Kebanyakan orang yang mengalami alahan teruk mempunyai badan berasid. Kesemua makanan yang diproses adalah asidik, dan apabila kita mengambil terlalu banyak makanan-makanan tersebut, imbangan asid dan alkali akan terganggu. Untuk memperolehi pH yang seimbang, kita memerlukan diet yang terdiri daripada 70-80 peratus buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan alkali yang tinggi dalam Barleygreen berguna untuk menyeimbangankan asid dalam tubuh kita.

3. Jumlah Klorofil Semulajadi Yang Tinggi :
Klorofil adalah hasil daripada fotosintesis tumbuhan. Klorofil adalah tenaga solar yang diserap untuk kegunaan manusia. Klorofil mempunyai struktur molekul yang hampir sama dengan hemoglobin dalam darah. Perbezaan yang utama hanyalah nukleus-nukleus hemoglobin ialah zat besi manakala nukleus klorofil ialah magnesium.Klorofil mengeluarkan sel mati, mengurang atau menghapuskan nafas berbau dan mampu menghilangkan kesan penuaan.

4. Spektrum Vitamin Dan Mineral Yang Luas :
Barleygreen mengandungi sekurang-kurangnya 16 vitamin, 11 mineral utama dan 12 mineral surih. Ini termasuk potassium, kalsium, magnesium, zat besi, kuprum, fosforus, mangan, zink, karoten beta, vitamin B1, B2, B6, asid folik dan asid pantotenik. Malah, jus barleygreen mengandungi 11 kali kalsium berbanding susu lembu, hampir 5 kali zat besi berbanding bayam, 7 kali vitamin C berbanding oren dan 80mg vitamin B12 dalam setiap 100gram.

5. Makanan Seimbang Yang Tidak Diproses :
Kekuatan sebenar Barleygreen dijumpai kombinasi kebanyakan nutriennya. Barleygreen ialah kepekatan makanan yang tidak diproses, sebab itu ianya hampir menyamai keadaan semulajadi dan membekalkan nutrien dalam nisbah semulajadi. Ini yang menarik minat DR. Yoshihide Hagiwara, pencipta Barleygreen, visi keseluruhan dan bukannya secara individu dan Barleygreen sepatutnya bukan dikenali dengan hanya membincangkan jumlah vitamin dan mineralnya. Era hanya memfokuskan ke atas satu vitamin dan mineral telah ketinggalan zaman. Kini lebih banyak perhatian perlu difokuskan ke atas fenomena biologi.

6. Jumlah Protein Yang Tinggi :
Protein dalam Barleygreen terdiri daripada asid amino. Sebanyak 18 asid amino yang berbeza ditemui dalam Barleygreen daripada 21 jenis yang ditemui dalam tubuh kita. Sebanyak 3 lagi yang tidak ditemui dalam Barleygreen boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita.Barleygreen mengandungi 2 kali ganda protein berbanding hamburgerdengan berat tanpa kolesterol dan lemak. Ramai para atlit mengambil Barleygreen untuk stamina dan kekuatan yang mampu dibekalkan olehnya.

7. Kaya dengan Enzim Hidup.
Daun Barli Hijau mengandungi sejumlah besar enzim ‘sparked-plug’. Enzim membekalkan percikan untuk memulakan reaksi kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup. Tanpa
Percikan ini dan juga reaksi kimia, kita akan menjadi tidak bermaya, Tidak berupaya berjalan, bercakap, berkelip atau bernafas. Kajian Menunjukkan bahawa sel mempunyai penghalang osmotik dan Adalah mustahil untuk vitamin melepasinya kecuali ia Menggendong enzim hidup. Kita semua dilahirkan dengan Mempunyai gudang enzim(tempat simpanan enzim). Sekiranya kita Menggunakan enzim-enzim ini lebih daripada enzim yang kita bawa Masuk lama-kelamaan simpanan enzim dalam tubuh badan Semakin berkurangan. Satu jenis enzim yang dikaji dengan banyak Ialah Super Oxide Dismutase(SOD). Proses penuaan telah dikaitkan Secara langsung dengan penurunan jumlah SOD dalam sistem kita.

Penambahan jumlah SOD membolehkan kita memperbaiki tubuh
kita dengan lebih cepat. SOD juga boleh bertindak sebagai enzim anti radang dan enzim penghalang kancer. Barleygreen kaya dengan SOD-salah satu sumber kaya yang boleh didapati hari ini. Satu lagi enzim ialh P4D1, yang telah diasingkan dari jus barli dalam makmal di California pada tahun 1980. P4D1 melakukan 2 perkara dalam tubuh manusia. Barleygreen adalah bahan pertama yang diketahui dapat mengrangsangkan pemilihan molekul DNA. Adalah berkemungkinan yang sel penyakit dapat dibaikpulihkan dengan P4D1 dan apabila ianya dihasilkan semula ianya sebenarnya menghasilkan sel yang baik. P4D1 juga telah dibuktikan dalam Ujian makmal dapat memakan protein sel kanser bagi membolehkan sel darah putih menyerang dan memusnahkan sel kanser.
Minuman JUS HIJAU * Paling laris didunia Sejak 1987 lagi !

( Serbuk Jus Daun Barli Hijau Organik Dengan Beras Perang Organik ).

No comments: